
Sulit
3 tahun
Gusi bengkak Dan sukar untuk makan
Selamat pagi. Mohon pencerahan.gigi gerham sya baru Di cabut isnin lepas.hari pertama Dan hari kedua keadaan mulut sya khususnya gusi agak baik namun bermula kemarin hri khamis gusi Sya Mula Bengkak dgn Teruk sehingga sukar untuk sya membuka mulut Serta menelan makanan… Ada kah benda Ini normal. Sangat-sangat mengangu dlm proses Makan dgn jga Tidur.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah sakit gusi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan pada gusi ( gingivitis )
- Jangkitan kuman
- Nanah gusi (gum abscess)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.