
Anonymous
6 tahun
Gusi bengkak hingga bengkak pipi kanan
salam . hi . gusi kanan saya belah bawah belakang bengkak . dan ia menutupi gigi selepasnya . apa yang saya perlu buat selain makan pain killer .? adakah minum susu berkalsium dapat meredakan masalah tersebut?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh ginfeksi gig yang berlubang. Antara tanda-tanda penyakit gusi adalah gusi bengkak, gusi berdarah terutamanya semasa memberus gigi, gusi yang sakit serta bau mulut yang busuk. Penyakit gusi boleh mendatangkan komplikasi seperti penyakit gusi kronik, periodontitis, nanah di bawah gigi, ulser, limfa yang bengkak serta risiko yang tinggi untuk gigi yang rosak.Manakala, dengan minum susu kalsium hal ini tidak boleh disembuhkan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih