
Sulit
5 tahun
Gusi bengkak kemerahan dan bernanah
Saya wanita berumur 47 tahun dan merupakan pesakit diabetis. Saya mempunyai masalah bengkak pada gusi gigi hadapan. Buat info doc…saya memakai gigi palsu pd bhgn atas gigi hadapan. Bengkak gusi tersebut dikesan pd 2 batang gigi hadapan yg tidak dicabut. Apa yg perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman
- trauma
- nanah/abses
- retak pada gigi
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor gigi berdekatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.