
choneyzbee
4 tahun
Gusi bengkak kerana gigi bongsu
Hai, sy Rohani seorang ibu yg mempunyai 3 orang cahaya mata. Sy mengalami masalah gigi bongsu kat dua dua belah kiri dan kanan. Bila gusi sy membengkak ia sangat sakit. Tapi kali ni bengkak dia berbeza dari sebelum ni. Gusi sy menjadi bengkak kebiruan. Sy tak boleh nak mengunyah makanan yg pejal walaupun sakit sebelah kanan. Sy pernah jumpa doc gigi dan beliau sarankan sy pergi ke klinik gigi utk cabut gigi bongsu tapi sy tak berani. Adakah gusi bengkak kebiruan ni agak serius doktor? Ada apa apa kesan tak? Sy dah mulai risau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh infeksi gigi yang berlubang. Antara tanda-tanda penyakit gusi adalah gusi bengkak, gusi berdarah terutamanya semasa memberus gigi, gusi yang sakit serta bau mulut yang busuk. Penyakit gusi boleh mendatangkan komplikasi seperti penyakit gusi kronik, periodontitis, nanah di bawah gigi, ulser, limfa yang bengkak serta risiko yang tinggi untuk gigi yang rosak.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.