Anonymous

3 tahun

Gusi bengkak semasa hamil

Hai doctor…saya sedang mengandung 34 minggu dan saya baru mengalami gusi bengkak. Apa yg perlu saya lakukan supaya tidak memudaratkan bayi dalam kandungan? Bolehkah saya buat scaling pada minggu 34 kehamilan?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh plak yang degil pada gigi. Plak yang degil akan menjadi tempat bagi bakteria untuk membiak di dalam mulut. Antara tanda-tanda penyakit gusi adalah gusi bengkak, gusi berdarah terutamanya semasa memberus gigi, gusi yang sakit serta bau mulut yang busuk. Penyakit gusi boleh mendatangkan komplikasi seperti penyakit gusi kronik, periodontitis, nanah di bawah gigi, ulser, limfa yang bengkak serta risiko yang tinggi untuk gigi yang rosak.

Penyakit gusi merupakan satu tanda bahawa kebersihan mulut tidak dijaga dengan baik. Keadaan ini akan meningkatkan risiko menghidap pelbagai jenis jangkitan mulut seperti cellulitis. Pengumpulan kuman yang berlebihan di dalam mulut juga akan secara tidak langsung meningkatkan risiko jangkitan tekak, jangkitan sinus, jangkitan telinga tengah serta jangkitan paru-paru. Penyakit-penyakit ini boleh menyebabkan gejala seperti demam, sakit tekak, batuk dan selesema.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor atau doktor gigi dengan segere untuk mendapatkan rawatan. Doktor akan memeriksa mulut serta badan anda dan rawatan yang terbaik akan diberi kepada anda dan tidak memudaratkan bayi anda. Biasanya, penyakit gusi dirawat dengan membuang plak yang degil pada gigi. Doktor gigi akan menggunakan pelbagai cara seperti scaling atau root planing untuk membuang plak pada gigi anda. Ubatan tahan sakit dan antibiotik juga boleh diberi mengikut keadaan gusi anda dan bersesuaian dengan kandungan anda.

Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan mulut dan gigi untuk mengelakkan masalah ini dari berlaku lagi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk memeriksa mulut dan gigi anda sekurang-kurangnya setahun sekali. Anda juga harus memberus gigi serta menggunakan flos seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Cecair pembersih mulut juga boleh membantu menjaga kebersihan mulut dan gigi.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)