Anonymous
5 tahun
Gusi berdarah, bengkak
Saya mengalami gusi berdarah setiap kali memberus gigi. Sejak akhir2 ini, saya mengalami gusi bengkak. Saya juga telah mencuba menggunakan ubat gigi yang khas untuk gusi sensitif. Apa yang boleh saya lakukan selain daripada berkumur dengan air garam?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gusi berdarah terutamanya ketika memberus gigi boleh menandakan gejala “gingivitis”. Ia boleh disebabkan oleh:
- Kebersihan mulut
- Selalu makan makanan bergula
- Kekurangan vitamin
- Kehamilan
- Masalah pembekuan darah
Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah:
- Mengurangkan pengambilan gula
- Mangambil suplemen vitamin
- Penggunaan ubat gigi khusus
- Selalu flos gigi
Sekiranya masalah ini tidak selesai, anda boleh bertanya dan berikan informasi secara privasi di link (DoctorOnCall) ini.




























