
Sulit
4 tahun
Gusi berdarah lepas gosok gigi
Gusi saya berdarah lepas gosok gigi. Ada harapan kah boleh sembuh? Saya guna Colgate optic white dan berus gigi yang biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami di (DoctorOnCall) untuk bertanyakan soalan anda. Saya fahami kebimbangan yang anda hadapi apabila gusi berdarah setelah menggosok gigi.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kondisi yang boleh menyebabkan gusi berdarah. Antaranya adalah:
- Keradangan gusi yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada gusi.
- Karang gigi yang menempel di celah gigi
- Teknik berus gigi yang salah
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Kondisi ini boleh dirawat sekiranya anda mempraktikkan kesihatan oral yang optimum. Saya menasihati anda untuk berkunjung ke klinik gigi untuk medapatkan rawatan cucian gigi. Anda juga boleh mencuba teknik memberus gigi dengan betul bagi menghalang gusi terus berdarah.
Terima kasih.