
Sulit
3 tahun
Gusi berdarah setelah menerima vaksin
Hi doctor, saya nak tanya adakah ada kaitan setelah menerima vaksin ia akan mengakibatkan gusi berdarah atau ia disebabkan oleh masalah kesihatan lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai kesan sampingan mengambil vaksin. Namun, kami tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut kerana tidak dinyatakan vaksin apakah yang di ambil sehingga dikatakan berkemungkinan mengakibatkan gusi berdarah.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.