
Sulit
4 tahun
Gusi bernanah pada geraham yang kedua
Saya perempuan berusia 18 tahun , terdapat nanah pada gusi geraham yang kedua , sudah buat x-ray dan hasilnya tiada apa apa pada akar gusi . Saya juga sudah diberikan ubat antibiotic namun nanah tersebut masih tumbuh . Nanah tersebut sudah 2 tahun muncul pada gusi saya . Adakah ia disebabkan gigi geraham yang baru tumbuh ? Saya amat takut

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah gusi.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya sangat menasihatkan anda untuk segera ke klinik gigi bagi mendapatkan pemeriksaan. Hal ini kerana kondisi gusi yang bernanah dikhuatiri disebabkan oleh jangkitan kuman pada gusi tersebut. Sekiranya ia dibiarkan begitu, komplikasi lebih teruk akan terjadi. Maka, sila segera ke mana mana klinik gigi untuk rawatan lanjut.
Saya sarankan anda ke klinik gigi untuk mendapatkan antibiotik lain ataupun dos yang lebih tinggi kerana masalah anda berlarutan menurut keterangan anda. Sila pastikan gigi anda sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.