
Sulit
4 tahun
Gusi dan gigi sakit bila makan makanan keras atau liat seperti ayam goreng dan satey
Saya wanuta berusia 33 tahun. Setiap kali makan makanan keras atau liat seperti ayam goreng dan satey gigi dan gusi saya sakit. Selepas gunakan pencungkil gigi keluatkan sisa tersebut rasa sakit tetap ada sehingga sakit kepala. Berdenyut denyut sampa

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah sakit gigi dan gusi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Plak
- Perubahan hormon
- Merokok
- Sejarah keluarga
- Kekurangan zat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi supaya berasa selesa untuk memakan makanan seperti satay dan ayam goreng. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.