
Sulit
4 tahun
Gusi gigi geraham berlubang
Doktor, saya wanita berusia 18 tahun, 2/3 hari yang lalu saya membuat cabutan gigi geraham diatas dan dibawah sebyk 2 batang gigi… Didapati gusi saya masih berlubang… Adakah itu normal doktor?jikalau normal berapa lama masa yang selalunya gusi saya akan kembali pulih? Dan didalam gusi yang berlubang itu juga doktor saya dapati ada warna putih dan saya rasa itu adalah sisa nasi yang saya makan, adakah itu berbahaya doktor? Macam mana ingin bersihkannya atau perlu dibiar sahaja ya? Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Hubungi doktor gigi untuk melegakan masalah gigi dan gusi anda.
Umumnya, lubang selepas gigi dicabut umumnya boleh disebabkan oleh kesan sampingan dari proses ekstraksi atau bekas kawasan gigi yang belum tertutup dengan sempurna. Kedua-dua fenomena in lazimnya beranusr pulih setelah beberapa hari mengikut tiap individu. Walau bagaimanapun, anda juga perlu tahu bahawa gejala tersebut yang berterusan atau agak lama boleh berpunca dari:
- jangkitan kuman pada kawasan ekstraksi gigi
- gangguan perdarahan atau pemulihan
- gangguan gigi atau gusi yang lain
- gangguan akibat benda asing
Pastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Namun untuk mengetahui punca masalah sebenar atau apakah warna putih yang dilihat itu suatu perkara yang normal pemeriksaan fizikal perlu dilakukan terlebih dahulu oleh pihak kami. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).