Sulit
3 tahun
Gusi gigi rasa sakit ketika mengigit makanan
Saya wanita berumur 18 tahun . Saya mengalamani sakit gusi gigi ni hampir 1 minggu . Saya berasa sangat sakit apabila mahu gigit atau mengunyah makanan walaupun makanan itu tidaklah sekeras mana . Boleh saya tahu apa punca nya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan pada gusi ( gingivitis )
- Mengandung
- Jangkitan kuman
- Kekurangan zat makanan ( malnutritio )
- Gigi bertindan dan tertolak ( impacted tooth )
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.