
Sulit
4 tahun
Gusi mengembang dan tiada deria rasa dan sakit tetapi tidak menanah atau mengeluar kan cecair
Saya berumur 39 tahun. Sejak 3 minggu ini saya dapati gusi antara antara setiap gigi geraham atas dan bawah mengembang dan tiada deria rasa walaupun di tekan dengan kuat. Namun gusi nya tidak mengalami nanah atau mengeluar kan cecair cuma mengembang sahaja. Apakah punca dan cara atasi kgusi saya ini

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Gingivitis (keradangan gusi)
- Jangkitan (virus atau kulat)
- Malnutrisi
- Sensitif kepada ubat gigi atau berus gigi
- Kesan sampingan ubatan
- Makanan terlekat diantara gigi dan gusi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.