
Sulit
4 tahun
Gusi pada gigi geraham bongsu bernanah
gusi saya di belakang sekali bengkak. doktor memberitahu bahawa gigi bongsu saya akan tumbuh . semalam saya mendapati gusi tersebut bernanah apakah penyebabnya? adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah gusi.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya sangat menasihatkan anda untuk segera ke klinik gigi bagi mendapatkan pemeriksaan. Hal ini kerana kondisi gusi yang bengkak dan bernanah dikhuatiri disebabkan oleh jangkitan kuman pada gusi tersebut. Sekiranya ia dibiarkan begitu, komplikasi lebih teruk akan terjadi. Maka, sila segera ke mana mana klinik gigi untuk rawatan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.