Anonymous
6 tahun
Gusi sakit,bibir dan pipi kembang
saya berumur 17 tahun,mengalami sakit gusi sejak minggu lepas,gusi saya sakit serta bibir dan pipi saya bengkak…minggu lepas juga saya mengalami ngilu pada bahagian dalam gigi,tetapi tak da lubang…apa mslh tu doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit gusi yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan pada gigi - gingivitis
- Alahan - boleh menyebabkan bibir bengkak
- Saluran kalenjar air liur tersumbat -akibat keradangan atau batu karang
- Demam campak (mumps)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























