
Sulit
5 tahun
Gynecomastia pada puting
sy lelaki umur 22 tahun blh sy thu ada cara lain x nak hilangkan gynecomastia selain surgery

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Gynaecomastia adalah kondisi pembesaran buah dada kepada lelaki. Ianya perlu dibezakan dengan dada berlemak kerana punca kepada gynaecomastia adalah disebabkan seperti kegagalan hati, masalah kalenjar tiroid, kesan ubat serta masalah hormon. Gynaecomastia pada amnya akan surut dengan rawatan kepada puncanya serta dengan senaman. Terdapat juga ubat untuk gynaecomastia namun ianya memerlukan preskripsi doktor dahulu serta pemeriksaan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.