
Sulit
4 tahun
HAART medicine and HRT
Assalamualaikum hello doktor. Saya ada satu soalan penting iaitu bolehkah seseorang yang makan ubat HAART mengambil atau membuat suntikan Hormones (HRT) adakah ianya akan menganggu ubat haart dan bolehkah sebenarnya kita mengambil HRT. Terima Kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Setakat ini tiada laporan yang menyatakan hormone replacement therapy (HRT) akan menganggu highly active antiretroviral therapy (HAART). Namun begitu, saya sarankan anda untuk menghubungi doktor anda dahulu sebelum melakukan apa-apa kerana, doktor anda lebih mengetahui status kesihatan anda. Sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan yang tepat dalam hal ini kerana maklumat tidak mencukupi.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.