
Sulit
4 tahun
Haart, resdung, mata, kulit
Saya nak tanya boleh ke saya makan ubat haart berserta dengan ubat resdung, ubat mata(saya amik ubat eyebright vitahealth dari farmasi,herb lax shaklee untuk gastrik dan glutatatione untuk kulit) apa kesan dia kepada haart or saya kena stop semua ubat tu n focus untuk haart saja. Tenkiu untuk jawapan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda merujuk perkara ini dengan doktor anda kerana kami tidak tahu status kesihatan anda dan maklumat lanjut berkenaan status kesihatan perlu diketahui. Pemeriksaan lanjut juga perlu dilakukan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya anda boleh berbincang mengenai interaksi ubat dan kesesuaian suplemen yang dimaksudkan oleh anda serta pemeriksaan dapat dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan ingin mendapatkan pandangan kedua, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi secara atas talian melalui panggilan telefon atau panggilan video. Terima kasih.