Sulit
5 tahun
Habis rawatan kimoterapi, masih ada kelenjar di leher bawah telinga
Saya ibu kepada anak saya berusia 2 tahun 1 bulan. Dia penghidap kanser leukemia ALL yg high risk sejak setahub lepas dan pernah relapse di cycle ke 4. Habis kimo relapse dan imunoterapi sekarang anak sudah 2 bulan memasuki cycle maintanance. Persoalan saya, mengapa masih ada kelenjar di lehernya? Adakah itu tanda2 tidak baik? Tca anak saya 3 nov. Saya bertanya di sini jika saya terlupa memberi tahu doktor yang merawatnya
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kelenjar limfa yang bengkak disebabkan kanser akan kekal bengkak selagi kanser tidak disembuh sepenuhnya. Ia akan memerlukan masa sebelum kelenjar menjadi normal semula. Disebabkan anak anda mengalami Acute Lymphocytic Leukemia yang menyebabkan sel darah putih tidak normal, sel-sel ini terkumpul di kelenjar limfa dan memerlukan masa untuk kimoterapi membunuh kesemua sel-sel darah putih yang tidak normal itu. Namun begitu, jika kelenjar limfa menjadi sakit anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera.
Walaubagaimanapun, kelenjar limfa yang bengkak bukan lah cara utama untuk mengetahui ia adalah petanda yang baik atau tidak. Petanda untuk melihat jika kimoterapi itu berkesan adalah dengan melihat kondisi kanser adakah ia berkurang ataupun tidak.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

































