
Sulit
4 tahun
Hai doktor…Saya Baru Hari ke-2 period.rasa sakit pinggang dan sengugut kejap Ada kejap tiada…lepastu Saya mcm Ada Rasa bhgian pusat Saya macam Ada getaran sikit..then degup Nadi..adakah normal doktor?
Hai doktor…Saya Baru Hari ke-2 period.rasa sakit pinggang dan sengugut kejap Ada kejap tiada…lepastu Saya mcm Ada Rasa bhgian pusat Saya macam Ada getaran sikit…then degup Nadi…adakah normal doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk makluman pihak anda, sakit ketika datang haid boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.