
Sulit
4 tahun
Hai doktor, saya nak tanya kenapa merasa getaran d bahagian bawah perut?
Saya wanita berumur 19 tahun dan mengalami masalah ini 2 hari yang lalu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi merujuk kepada maklumat terhad yang anda berikan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca oleh pelbagai penyebab seperti:
- Kesan sampingan ubat
- Penyakit cerebellar
- Terlebih kafein
- Pengambilan alkohol
- Masalah anxiety
- Tahap gula rendah
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Hal ini kerana maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum punca sebenar masalah anda dikenalpasti. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.