nur.hazirahashim
6 tahun
Haid atau implantasi
Salam dr… Sy wanita berusia 25 tahun dan bru 2 bulan berkahwin… Masalah saya skrg adalah sy keliru diantara darah haid atau implantasi… Dimana 2 minggu sebelum ni ada tompokan lendir coklat keluar pd vagina sy… Dan smlm ada darah pula tetapi tarikh period sy blum lg… Sy sepatutnya period pada minggu hadapan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Darah implantasi biasanya adalah sedikit dan dipanggil spotting. Sekiranya haid anda tidak datang pada tarikh sepatutnya, sila jalani ujian kehamilan yang boleh didapati di farmasi.
Sekiranya anda hamil, rujuk kepada doktor untuk pantauan kehamilan. Anda juga perlu merujuk kepada doktor jika anda mengalami sebarang masalah seperti haid yang tidak teratur atau terlalu banyak.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.


























