
Anonymous
5 tahun
Haid banyak kali dalam sebulan
Saya baru berumur 18 tahun pada awal bulan ada keluar lendir warna hitam selama seminggu saya ingat itu haid tpi selepas seminggu darah warna merah pulak keluar…selepas seminggu darah merah normal keluar lima hari selepas itu darah warna hitam plak keluar selama seminggu…selalunya darah hitam akan keluar pada awal haid dan akhir haid tpi saya lain…ia dari awal hingga akhir keluar darah hitam banyak…sebulan ni dah 4 kali keluar mcm tu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Untuk pengetahuan anda,berkenaan dengan darah haid yang kelihatan hitam, ia biasanya disebabkan oleh darah yang telah lama berada di dalam rahim. Ini disebabkan oleh aliran darah haid yang perlahan pada awal haid meyebabkan ia berada lebih lama di dalam rahim atau merupakan baki darah haid anda pada kitaran haid yang lalu. Warna hitam atau lebih gelap ini terhasil akibat darah yang teroksida.
Biasanya darah hitam ini adalah sesuatu yang normal. Namun begitu, jika anda mengalami gejala lain seperti di bawah anda perlu mendapati nasihat daripada doktor:
- Sakit perut haid yang teruk
- Haid terlalu lama/banyak
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Sakit ketika melakukan hubungan seksual
- Kesukaran mengandung
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur adalah:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Penggunaan ubat seperti ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon(pil perancang) atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Anda perlulah merujuk perkara ini untuk pemeriksaan lanjut agar punca masalah ini dapat dikenal pasti dan dirawat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.