Sulit
4 tahun
Haid bergantung dengan pil hormon
Saya ada masalah haid yang telah sekian lama sejak tahun 2010. Kadang haid saya tiap 3 bulan skali.kdng 4bln 2 kali.pling lama stakat ni 7bulan skali.baru2 ni sya ada amalkan pil yasmin dah 3 kali. dn stiap kli hbis 21 pil sya akn haid.adakah masalah haid sya ni adalah brpunca drpada masalah hormon dan perlukah saya makan pil ni stiap bulan untk haid? tolong sya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur sejak beberapa tahun yang lalu dan sehingga kini masih bergantung dengan pil hormon. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























