
Sulit
5 tahun
Haid bergumpal dan tidak teratur
Saya berumur20thn, dan haid saya tidak teratur sejak(6bulan lalu) saya sangat risau…
Selalunya panjang kitaran haid saya ialah 29hari tetapi. Kitaran haid saya sekarang tidak menentu, dan pada bulan lalu 22oct haid saya berwarna coklat hitam dan hanya sedikit, keesokan harinya gumpalan darah keluar sang banyak,dan hanya sakit pada bahagian bawah perut haid saya tamat pada (25oct). Dan pada hari 15 nov darah haid keluar tetapi hanya sedikit
Sahaja saya merasakan sangat tidak selesa pada bahagian bawah perut saya,
Bantu saya Dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Untuk makluman puan, samada pola haid yang diluar kitaran normal 28 hari ataupun perdarahan haid kurang 2 hari atau melebih 8 hari, keduanya juga dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal (abnormal uterine bleeding). Apabila perdarahan rahim abnormal terjadi, ia kemungkinan disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana haid tidak teratur dapat disebabkan oleh bermacam penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor tentang maklumat lanjut ataupun klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.