
Anonymous
5 tahun
Haid berhenti sekejap
saya ada masalah haid tidak berenti dalam sebulan dia hnya brenti selama 2/3 hari selepas itu dia dtg balik… tapi tidak banyak hanya sedikit2 kdg2 pndai banyak

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
- Tekanan Emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti. - Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu.
3)Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.