
Sulit
5 tahun
Haid berketul dan banyak
umur sy 46 ank 8. x pernah ada mslh haid.dlm 6 bln x haid.bila haid byk dan berketul.pra menapouse ke.normal x.adq rawatan atau ubat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Oleh hal yang demikian, berikut hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan.
Namun begitu, untuk masalah haid lambat untuk 6 bulan yang dihadapi oleh puan ia berkemugkinan salah satu simptom perimenopause. Antara simptom lain adalah:
- Kekeringan vagina
- Muka kemerah-merahan
- Sejuk menggigil
- Berpeluh pada waktu malam
- Masalah tidur
- Perubahan mood
- Pertambahan berat badan
- Rambut menjadi lebih nipis dan kulit kering
- Payu dara mengendur
Berbalik kepada masalah haid yang banyak dan berketul. Masalah ini mungkin memerlukan anda untuk merujuk masalah ini kepada doktor jika
Pendarahan yang banyak sehingga memerlukan anda untuk menukar pad setiap jam untuk lebih dari 24 jam
Pendarahan berpanjangan untuk lebih dari 2 minggu
Pendarahan selepas haid berhenti untuk 6 bulan berturut-turut (kecuali jika anda mengambil pil estrogen.)
Berisiko untuk kanser rahim seperti:
- Obesiti
- Mengambil pil estrogen selepas menopaus, pil perancang keluarga, pil tamoxifen
- Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Penggunaan intrauterine contraceptive device
- Kencing manis
- Sejarah keluarga yang menghidapi kanser rahim atau kaser usus
- Sejarah sakit berkenaan kanser ovari atau kanser payu dara
- Sejarah personal endometrial hyperplasia
- pernah menerima rawatan radiasi di bahagian pelvis untuk kanser lain
Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih