
Sulit
3 tahun
Haid berpanjang dan hanya berhenti beberapa hari
saya berumur 25 tahun. saya mengalami haid tidak menentu dari awal lagi. pada bulan February 2021 saya diberikan ubat turun darah oleh klinik kesihatan. sejak makan ubat itu, haid saya mulai datang pd bulan 3 sehingga sekarang(jun), darah hanya berhenti untuk beberapa hari sahaja kemudian datang lagi sepanjang 3 bulan ini. apakah yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengalami gejala haid berpanjangan. dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, haid berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Ketumbuhan fibroid
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut atau merujuk anda kepad apakar sakit puan sekiranya perlu.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar sakit puan