
Sulit
5 tahun
Haid berpanjangaan selama satu minggu
Saya wanita yang berumur 34 tahun sdh berkhwin 4 tahun tpi blm ada anak… Sy ada satu soalan sekiranya, haid kita berpanjangan selama 1 minggu ada kah tu normal? Dn setiap kali sy dtg haid banyak ketul2 darah keluar Adakah tu tanda-tanda guguran…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - gejala lain seperti hilang berat badan, lemah dan sakit ketika persetubuhan
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.