
Sulit
3 tahun
Haid berpanjangan (2/3 kali haid dalam masa sebulan)
hai saya bru brumur 21 thun… belom berkahwin. saya mengalami masalah haid berpnjngn. satu blan 2/3 kali haid. darah bnyk. bile 7 hri je berhnti darah lepas tu selang beberapa hri darah dkluar blik. bile jmpe dokter die kate takad ap ap. ad kah sy mngalami penyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.