
Sulit
4 tahun
Haid berpanjangan anak saya 12 tahun
Anak saya usia 12 tahun,saya ingin bertanya permasalahan beliau
Pada 1/2/2021 dia datang haid,habis pada 8/2/2021,namun selepas 11 hari ,haid datang lagi pada 19/2/201 sampai hari ni,masalah nya darah haid hanya keluar waktu pagi (cairan coklat)sudah 5 hari darah keluar pagi sahaja,saya ingin tahu ada kah ini normal?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa lagi informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Tempuhi waktu datang bulan anak anda dengan selesa
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai gejala seperti cairan kecoklatan, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan.
Lazimnya kondisi anak anda boleh dikaitkan dengan
- Peningkatan ketidakstabilan hormon
- Masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - Penggunaan ubat tertentu
- Jangkitan kelamin
- Gangguan hormon yang lain
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.