
nhidayatulliyana
5 tahun
Haid berpanjangan berwarna coklat
Sy berusia 28thun, sudah berkahwin, belum mempunyai anak. Pada kitaran haid kali ini, sy mengalami senggugut yg sngt teruk pd hari pertama. Kemudian haid berhenti pd hari ke 6. Haid kembali semula pada hari ke 8 dan berterusan hingga lebih 2 minggu. Haid itu berwarna coklat pekat, berbau busuk dan sedikit. Setiap kali sy membuang air besar juga ia keluar dengan laju. Sebelum ini sy ada berjumpa doktor utk ultrasound scan. Tiada cyst dijumpai dlm rahim sy. Apakah masalah yg sy hadapi dan bagaimana hendak menghentikan darah cklat ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, haid berpanjangan boleh disebabkan oleh:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.