
Sulit
3 tahun
Haid berpanjangan dan berterusan
Saya berusia 37tahun… saya tidak mengalami haid 2 bulan… ini disababkan saya syak berpunca dari pertambahan berat badan kemudian saya telah disahkan positive covid dan kemudian tiba2 haid saya kembali… tetapi haid pula kembali setelah 3 ke 4 harinkering… pada mulanya saya menyangka kerana cycle baru utk haid… pada suatu hari saya dapati haid saya menjadi berketul… saya telah mendapatkan rawatan di klinik… doktor scan bahagian rahim dan dapati tiada apa2 penyakit serius… doc berikan saya ubat norehisterone 5mg utk 22hari… kini saya sudah hari ke14 tetapi darah haid masih keluar… perlukah saya kembali ke klinik semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengalami gejala haid berpanjangan. dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, haid berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Ketumbuhan fibroid
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut atau merujuk anda kepad apakar sakit puan sekiranya perlu.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar sakit puan