
Anonymous
5 tahun
Haid berpanjangan dan post coital bleed
Saya berusia 33 tahun mengalami mslh haid x regular selepas sy mengalami keguguran.Haid sy bpanjangn dgn keadaan drh haid bwrna coklat, kdg2 ketulan merah gelap, merah terang… Kdg2 byk, kdg2 sikit… Pernah dptkan treatment dbrikan Tab duphaston utk regularkan menses tetapi masih juga kluar darah. Pernah buat Transvagina scan, x nmpk apa2…, pap smear sllu unsatisfactory result due to blood stained. Dsebabkan mslh mennorhargia, sy mengalami iron deffiency. Jd, apa patut sy buat…? Adakan sy perlu melapor kpd Doktor sekali lagi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Antara puncanya ialah:
1. Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Hal ini lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita yang sudah putus haid.
- Hormon estrogen diperlukan untuk memastikan faraj kekal lembap dan elastic. Wanita yang sudah putus haid mempunyai tahap estrogen yang lebih rendah dan mungkin mengalami masalah “atrophic vaginitis” di mana faraj kering dan mudah berdarah semasa perhubungan seks.
2. Penyakit kelamin (“sexually-transmitted diseases”)
- Pelbagai jenis penyakit kelamin boleh mengakibatkan keradangan faraj dan pangkal rahim. Justeru itu tisu faraj lebih mudah berdarah semasa hubungan seks.
- Penyakit kelamin seperti chlamydia dan gonorrhea lazim berlaku dalam wanita yang mempunyai ramai pasangan seksual dan tidak menggunakan perlindungan kondom.
3. Jangkitan kulat candidiasis (“vaginal thrush”)
- Kulat candida akan menjangkiti bahagian faraj apabila bakteria biasa pada faraj tidak mampu mencegah pertumbuhan kulat tersebut
- Penyakit ini biasa berlaku kepada para wanita dan menyebabkan gejala seperti gatal, kemerahan, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
4. Fibroid
- Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku dalam lapisan otot rahim. Hal ini biasanya berlaku dalam wanita selepas umur 30 tahun dan tidak mengakibatkan gejala sehinggalah umur yang lanjut.
- Fibroid mengakibatkan gejala berdasarkan lokasinya namun simptom paling lazim tidak kira lokasi adalah pendarahan yang banyak dan senggugut. Fibroid yang tumbuh di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
5. Polip serviks (“cervical polyps”)
- Polip merupakan ketumbuhan yang bukan kanser dalam serviks. Punca ini merupakan suatu punca utama untuk pendarahan selepas seks.
- Polip ini juga boleh menyebabkan istihadah dan cecair vagina yang kekuningan. Polip ini boleh dirawat melalui kaedah surgikal ataupun laser.
6. Ektropion serviks (“cervical ectropion”)
- Keadaan ini berlaku apabila lapisan tisu dalaman serviks tumbuh di permukaan luar. Tisu dalaman serviks sangat lembut dan dipenuhi saluran darah yang kecil. Pendarahan boleh berlaku hanya dengan sentuhan lembut sahaja.
- Ektropion ini sering berlaku kepada wanita yang hamil atau mereka yang mengambil pil perancang. Masalah ini mudah dirawat menggunakan laser atau ‘diathermy’.
7. Kanser serviks (“cervical cancer”)
- Pendarahan selepas seks merupakan satu gejala utama kanser serviks. 10.8% wanita di Malaysia yang menghidap kanser serviks.
- Sebelum sel serviks menjadi kanser, sel tersebut akan mengalami perubahan tidak normal yang dipanggil ‘dysplasia’ serviks. Hal ini kerana keadaan tersebut merupakan keadaan pre-kanser dan boleh dikesan melalui ujian saringan Pap smear…
- Sekiranya kanser serviks dikesan pada peringkat awal, rawatannya mempunyai prognosis yang baik.
8. Kanser rahim (“endometrial cancer”)
- Kanser rahim yang lazimnya terjadi pada lapisan endometrium juga boleh menyebabkan pendarahan selepas seks.
- Selain dari pendarahan selepas seks, kanser ini juga boleh menyebabkan pendarahan berlarutan di luar kitaran haid.
- Kanser ini lebih biasa berlaku dalam wanita yang usianya melebihi 50 tahun atau sudah putus haid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.