
cdamajid
5 tahun
Haid berpanjangan dan tidak berhenti
hello dokter…sy ada masalah period berpanjangan. saya dah rujuk hospital…hospital telah bekalkan saya ubat untuk berhenti period. Tetapi period masih belum berhenti. apa yang perlu saya lakukan ye dokter.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Anda disarankan untuk mengikuti nasihat doktor rawatan dulu dan memberi masa bagi ubat untuk mengawal tahap hormon anda. Sekiranya tidak berhenti lagi, anda perlu berjumpa dengan doktor anda untuk berbincang tentang alternatif lain untuk masalah anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.