
Anonymous
5 tahun
Haid berpanjangan dan tidak teratur
Sy wanita berumur 25 dan sudah berkahwin masuk tahun kedua, sy ada masalah period tak teratur. Bila dtg period, lama lebih 15 hari kadang2 makan bulan2. Sy dh check d klinik takut ada fibroid atau cyst, Alhamdulillah tidak ada. Apa perlu sy lakukan? Sy nk hamil. Tp belum berjaya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah lain perubahan kitaran haid yang tidak teratur ialah:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
Sekiranya puan ingin mengandung, puan perlu tahu waktu subur puan. Waktu subur ialah waktu dimana ovum ada untuk disenyawakan oleh sperma. Jika kitaran haid berpanjangan sebagai contoh kitaran 35-40 hari maka waktu subur dalam hari ke 17-20. Cara pengiraan - hari pertama haid dikira sebagai hari -1.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian jika puan masih mempunyai keraguan. Terima kasih.