
Anonymous
6 tahun
Haid berpanjangan disertai rasa sakit di perut bawah sebelah kanan
Saya wanita berusia 36 tahun…ada 4 org anak…ke empat2 lahir cara czer atas masalah : ank pertama twin, kedua dan ketiga plasenta previa…lps anak yg last trus buat BTL…lps bersalin ada mengalami pwndarahan yg berat…first piriod pun darah banyak keluar tp lps tu piriod normal spt biasa…skrg tiba2 piriod tak teratur…berpanjangan tapi sedikit2…kadang2 tak ada langsun kluar drah dlm 2 hari…lps tu keluar lagi…skrg rasa sakit perut bawah sebelah kanan…sakit sangat sampai tak boleh disentuh.boleh doktor terangkan apa masalah saya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kebanyakan kes perdarahan haid yang berlebihan adalah disebabkan oleh gangguan hormon di dalam badan dan punca yang spesifik tidak dapat dijumpai.
Antara punca-punca lain yang boleh menyebabkan perdarahan haid berlebihan adalah:
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Jangkitan di bahagian kelamin
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer)
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yg sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!