
Sulit
4 tahun
Haid berpanjangan kerana pil perancang kehamilan
Hi doc… Sy wanita umur 30thn… Baru bersalin anak pertama 4 bulan lepas… Skrg sy makan pil perancang noriday sbb anak bf… Dalam sebulan sy makan pil ni haid sy tak berhenti dah hampir sebulan juga… Darah agak banyak setiap hari… Adakah ini effect normal jika makan noriday atau berkemungkinan ada masalah kesihatan yg lain?
Tq…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Noriday biasanya digunakan untuk merawat masalah pencegahan kehamilan.
Ubat Noriday boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Kitaran haid yang tidak teratur selama beberapa bulan pertama terapi
- Pendarahan atau spotting
- Tidak haid
- Ketidakselesaan payudara
- Gejala gastrointestinal
- Ruam
- Sakit kepala seperti, migrain
- Kemurungan
- Keletihan
- Kegelisahan
- Gangguan selera makan, perubahan berat badan
- Perubahan libido
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih