Sulit
6 tahun
Haid berpanjangan lebih 15 hari
Saya datang haid pada 28 julai…seperti biasa berhenti selepas smggu…beberapa hari ada darah smula yg kuar berlanjutan sampai 15 hari…saya pergi ke klinik…doc bagi ubat henti period…makan ubat tersebut darah pun berhenti dan normal keluar cecair putih smula…dalam 2 ke 3 hari ada smula darah pada 29hb ogos dan saya alami sakit biasa seperti dtg period sblm2 ni…memang tarikh period saya …ari ni dah ari ke 6 period saya…darah mgalir x byk…saya memang ada fibroid dah berapa tahun tapi sblm ni saya x pernah alami masalah seperti ini…saya sgt risau dan stress
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan anda boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip - jika ia besar dan pecah maka ianya perlukan rawatan khusus
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau cerviks - jika mempunyai sejarah pap smear positif, sejarah keluarga, faktor umur
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah haid berpanjangan ini, puncanya perlu diketahui dengan jelas agar rawatan yang diberikan juga adalah khusus kepada puncanya. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































