
Sulit
4 tahun
Haid bewarna coklat dan sy mengalami cramp perut bahagian kiri
Saya wanita 22 tahun yg sudah berkahwin 6bulan yg lepas ,sy mengalami masalah keluar darah berwarna coklat selama 2 3 minggu dan mengalami cramp perut dan juga perut mengeras di bahagian kiri . Sy dah cuba pregnent test tetapi hasilnya negatif . Apakah gejala yg sy alami? Adakah sy perlu berjumpa pakar ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami gejala sedemikian:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Jangkitan kelamin
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Masalah dengan sistem pembekuan darah
- Kanser rahim atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah ketika datang haid. Perkara ini perlu diberi perhatian dan anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor sekiranya hal ini mengganggu anda.
Sebagai maklumat tambahan, tempoh kitaran haid seorang wanita adalah antara 21 hingga 34 hari dan tempoh alirannya adalah di antara 2 hingga 7 hari. Darah haid juga boleh keluar dalam pelbagai jenis warna dari merah pekat sehingga ke warna coklat.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya:
- Pitam
- Pucat
- Lemah badan
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Jantung berdebar
- Mengganggu aktiviti harian anda
Sekiranya anda mempunyai soalan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.