
Anonymous
5 tahun
Haid dan lendiran kekotoran berpanjangan
Salam sejahtera doktor. Saya wanita berusia 42tahun. Sejak umur 35thn, tempoh haid (bleeding) sekitar 5 ke 6 hari diikuti dengan lendir coklat gelap berpanjangan sehingga ke hari ke 10 atau ke 12. Namun, kitaran haid saya teratur berdasarkan rekod pemantauan aplikasi telefon. Masalahnya, prolonged period of menses kerana sebagai muslim saya tidak boleh solat sehingga saya bersih daripada sebarang kekotoran haid.
Saya ada membaca bahawa situasi ini disebabkan hormon tetapi keadaan ini telah berlaku lebih 5 tahun.
Bolehkah saya mengambil ubat hormon atau kaedah homeopati untuk merawat keadaan semasa haid?
Kenapa lendir/kekotoran coklat/hitam keluar sedikit sedikit selama lebih kurang seminggu sebelum lendir jernih keluar sekitar tempoh ovulasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Ketulan berwarna merah gelap adalah darah yang telah beku. Kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.
Punca-punca yang boleh menyebabkankitaran haid yang tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mengenalpasti punca kepada gejala anda.
Untuk mengetahui punca masalah isteri anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.