
Anonymous
5 tahun
Haid dan segugut yang amat sakit
Saya umur 21 tahun. Baru kahwin 3 bulan.segugut saya bulan ni tersangat sakit sampai tak boleh bangun. Disebabkn segugut yang amat kuat boleh menyebabkan untuk kesukaran hamil ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid sakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah senggugut ketika haid adalah salah satu perkara biasa yang terjadi kepada wanita akibat hormon prostaglandin yang merangsang pengecutan rahim ketika haid. Namun begitu, senggugut yang teruk boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
Tisu endometrium tumbuh di dalam otot rahim
Tisu endometrium tumbuh di luar rahim
Ketumbuhan fibroid di dalam Rahim
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.