
Sulit
5 tahun
Haid darah berketul dah lima hari
saya berumur 19tahun mengalami haid darah berketul sudah 5 hari . darah biasa kurang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, darah haid berketul merupakan perkara yang biasa dan sering berlaku. Oleh itu, anda tidak perlu terlalu risau mengenai masalah ini.
Namun, sekiranya anda ada mengalami gejala anemia seperti lesu, lemah, pucat, pening kepala, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor. Selain itu, jika anda mengalami sakit yang parah atau masalah ini berlarutan juga digalakkan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.