
izzatimat3
4 tahun
Haid darah/keputihan hitam
Saya 27thun. telah bekahwin 9bulan. Saya buat pregancy test dan result dia positif. tetapi sekarang sy mendapati keluar cecair hitam . Tidak pasti ia darah atau keputihan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap kandungan anda.Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkanya.Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormone
Saya berpendapat cecair yang keluar itu adalah darah kerana kebiasaannya keputihan akan berwarna putih pekat atau jika terdapat jangkitan akan berwarna kekuningan.Oleh sebab and sedang mengandung pada masa kini, jadi amatlah disarankan untuk anda mendapatkan pandangan doktor dalam hal ini.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih