
Sulit
4 tahun
Haid datang 12 hari selepas bersama
Hai doc, saya dan suami bersama pada 8/3 iaitu hari ke 21 menstrual cycle. Saya ovulasi pada 6/3 dimana hari ke 19 menstrual cycle. Tetapi suami saya tidak masukkan zakarnya ke dalam, hanya memasukkan sedikit kepala zakarnya ke permukaan vagina dan hanya sekejap saja, tiada air mazi. Dan selepas itu saya tidak bersama suami saya. Itulah kali terakhir kami bersama. Pada 20/3, iaitu pada hari ke 33 menstrual cycle, haid saya hadir seperti biasa, heavy flow. Saya juga turut mengalami senggugut pada hari pertama dan kedua haid saya dimana setiap bulan memang saya akan mengalami senggugut. Persoalan saya, adakah masih ada kemungkinan bahawa saya akan hamil? Saya agak risau, tetapi saya tidak lagi bersama suami saya sehingga haid saya datang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, setiap hubungan kelamin tanpa perlindungan boleh menyebabkan kehamilan. Air mani yang mengandungi sperma boleh keluar sebelum hubungan kelamin itu bermula. Air mazi juga mempunyai sperma. Oleh itu, air mani boleh saja telah memasuki faraj pasangan walaupun belum ejakulasi atau “pancut”. Selain itu, air mani boleh kekal di permukaan kemaluan pasangan walaupun anda telah ejakulasi luar. Jika memasukkan kemaluan ke dalam farajnya selepas ejakulasi, air mani yang mengandungi sperma tetap boleh masuk ke dalam rahimnya. Selagi tidak memakai kondom atau tidak menggunakan sebarang pencegahan kehamilan, maka setiap hubungan kelamin yang tidak berpelindungan berupaya menyebabkan kehamilan kepada pasangan . Oleh itu, boleh dikatakan peluang hamil tetap ada, tetapi bukanlah 100%.
Namun, sekiranya haid datang ia menandakan bahawa anda tidak hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.