
Sulit
3 tahun
Haid datang berselang bulan
Sy wanita 20an. Sy mempunyai masalah haid yg datang selang sebulan, cth bulan lepas datang, bulan ini tak datang. Sy mula mengalami masalah ini setelah meng-consume ubat herba utk kshtan dalaman pd penghujung tahun lepas ttpi setelah kitaran haid sy terganggu, sy stop. Dan pd dua bulan lepas haid sy datang pd awl bulan ttpi seakan-akan tersekat, slps bbrp hari barulah lancar. Dan pd bulan lps pula iaitu pd penghujung bulan (24/08) sy mula merasa tanda2 kedatangan haid ttpi sehingga hari terakhir bulan tersebut (31/08) masih juga belum keluar. Dan pd hari tersebut, sy telah bersama dgn suami, ttpi sy tak rasa sy mengandung kerana ada protection. Dan hampir seminggu setelah itu (06/09) sy masih belom didatangi haid wlpn masih terasa sengal2 seperti tanda2nya di bahagian tersebut. Sy juga agak overweight sedikit. Boleh Dr jelaskan apa masalah sy?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah haid anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Umur
- Berat badan yang terlalu rendah atau tinggi
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.