
Sulit
4 tahun
Haid datang dalam tempoh bebrapa jam dan berhati
salam…saya berumur 23 tahun sejak setahun yg lalu kitaran haid saya 10 hari paling lama dan ianya sangat sakit tak mcm biasanya tpi bulan ni tempoh haid saya sama 10 hari cuma darah tu datang balik ke 15 lepas beberapa jam berhenti lepastu datang balik selang 2 hari lepas tu berulang lagi tapi bezanya kali ni sakit rasa mcm datang bulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid tidak teratur yang dihadapi sejak setahun yang lalu.
Untuk makluman anda, masalah haid tidak teratur pada biasanya boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor am seperti terlebih senaman, pemakanan dan juga gangguan stress. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh mengganggu hormon kitaran haid
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Kanser rahim atau ovari (lebih kerap berlaku pada usia yang tua)
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Masalah fungsi ovari
- Masalah penyakit darah secara turun temurun.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah yang anda hadapi bagi menajalani siasatan lanjut untuk mengenalpasti punca tersebut dan mendapatkan rawatan yang sesuai. Kami juga ingin menasihati anda agar untuk berbuat demikian untuk mengekalkan kesihatan reproduksi anda seperti:
- Dapatkan berat badan yang seimbang
- Amalkan senaman yang seimbang
- Amalkan pemakanan yang sihat dan mengandungi tinggi fiber dan vitamin.
- Kurangkan stress
- Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!