
Sulit
5 tahun
Haid datang dlm bape hari leps makan postinor 2. Darah pekat dan banyak
Hi doc, sy ada makan postinor-2 pada tarikh 23 mac, haid jangka datang pada tarikh 26 mac tpi tiada haid waktu tu. Pada tarikh 2 april darah kluar byk dn wrne pekat2, sy jgke mungkin itu adalah darah haid. Adakah darah tu darah haid? Atau memang darah haid tu normal byk dn pekat slepas makan ubt postinor? Itu tanda ubat tu berkesan atau tidak berkesan? Sy bimbang ubat tu tak berkesan untuk mencegah kehamilan. Mohon pencerahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Sekiranya anda datang haid, anda tidak hamil. Warna darah boleh berubah mengikut aliran. Maksudnya, sekiranya aliran darah perlahan, warnanya akan lebih merah gelap dan pekat. Sekiranya anda berdarah untuk beberapa hari seperti haid normal anda, maka itu adalah haid.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.