Anonymous
6 tahun
Haid datang lebih 15 hari tetapi dalam kuantiti yang sedikit
Saya seorang perempuan berumur 20 tahun dan saya menghadapi masalah haid yg tidak teratur. Adakah ini normal?Darah haid saya sering lebih dari 15 hari tetapi keluar dalam kuantiti yang sedikit. Ada sekali dalam sebulan tu,darah saya cume berhenti dalam 5 hari sahaja tapi hari2 yang lain darah keluar tapi dalam kuantiti yang sedikit.Adakah saya perlu berjumpa dengan doktor berdekatan?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih cepat daripada 24. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.



























