
Sulit
4 tahun
Haid datang sebelum pil perancang habis
Saya shikin 35 tahun…saya baru 3 bln makan pil perancang yasmin…sebelum ni saya tidak pernah makan apa2 pil perancang…bulan lepas lagi 4 hari pil nak habis darah haid sedikit warna coklat2 sudah ada keluar…saya teruskan makan pil sampai habis…4 hari selepas stop pil perancang baru haid saya betul2 ada keluar…masalah pada bulan ni pon masih terjadi lagi…4 hari sebelum pil perancang habis haid sudah ada keluar sedikit2…boleh saya tahu apa masalah saya ni…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi berkenaan dengan pil perancang yasmin.
Untuk makluman pihak anda, antara kesan sampingan pil perancang yasmin adalah gangguan kepada kitaran haid seperti menyebabkan spotting atau pendarahan antara haid, tidak datang haid atau haid berlebihan. Gejala yang anda hadapi boleh jadi disebabkan oleh pengambilan pil tersebut. Oleh kerana ini adalah kesan samping yang dijangka, anda boleh meneruskan pil tersebut, atau merujuk perkara ini kepada doktor bagi mendapatkan pandangan tentang alternatif pil perancang atau kaedah perancang kehamilan yang lain.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih